KETOSIS selalunya berlaku ketika seseorang sedang berpuasa, melakukan diet rendah karbohidrat dan hamil.
Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia akan melalui suatu proses yang di namakan ketosis. Ketosis merupakan proses semula jadi dalam tubuh kita.
Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air. Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.
Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat dalam makanan, meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah dan fasa ketiga ialah meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam.
Setelah ketosis berjaya dimulakan, badan akan menjadi kurus dan cantik. Tubuh juga beroleh tenaga yang luar biasa.
Stamina seseorang yang berjaya mencapai tahap ketosis akan meningkat manakala perasaan yang sering murung berubah menjadi riang dan bahagia bagaikan seseorang yang sedang di alam percintaan.
Begitulah indahnya fenomena ketosis dan ini merupakan sesuatu yang harus anda perolehi dan kecapi. Di kala ini senaman tidak lagi menjadi tekanan kepada diri anda. Anda akan seronok bersenam kerana ia merupakan keperluan tubuh anda.
Segala aktiviti fizikal menjadi mudah dan menyeronokkan. Pengalaman ini akan menjadi suatu memori yang indah dalam hidup anda. Dan dunia anda akan berubah menjadi ceria semula.
No comments:
Post a Comment