Sunday, January 31, 2010

HARI JADI YANG KE 21

Pada tanggal 31-1-2010, hari ini, genaplah umurku 21 tahun. banyak kisah suka dan duka telah dilalui sepanjang tempoh kematanganku, dari start aku dilahirkan sehingga la ke hari ini umurku 21. cepat sungguh masa berlalu, dan aku masih lagi muda, dan jika dipanjangkan umur, jauh lagi perjalanan aku sebagai seorang islam di muka bumi ini.

azam tahun lahir kali ini, aku nak serius dalam pengurusan berat badan aku ni, lbg kurang 21 tahun aku membawa lemak-lemak didalam perot, dilengan, dan disemua tempat di serata badan, lemak-lemak yang terkumpul ini menyebabkan fizikal aku kurang menarik, dan tidak menawan. sampaikan aku ingin memikat hati gadis-gadis melayu pun x kesampaian. walaupun mereka tidak mengatakan mereka tidak menyukai aku kerana aku gemuk. tp aku dapat rasakan mereka segan klu dapat pak we yang gemuk n gundut. nk wat mcm mana, smua pmpuan mmg mcm 2, kecuali mak aku jer, yang memahami aku.

apa tidaknya. klu nk bergambar berdua pun bila time x de orang. kan nmpak sgt yang sidia segan nak brgambar ngan aku. cos what, cos aku gemuk. mmm hti orng kan mana kita tau.
n now, aku nak buktikan bahawa, lemak-lemak yang aku bawa selama 21 tahun ini, akan hilang dalam masa 2 thun sahaja. inshaallah. n kenapa aku ambik masa 2 thun? haha cos dah banyak kali aku try nk kurus tp x berjaya, apa tak nye target 1 2 3 bulan.. mmg la x jd. ni aku ambik masa 2 thun jer, utk kurus n dapat shape yang lawa, selain dapat menjaga kesihatan aku ni.
tunggu la wanita-wanita yang selalu mengejek aku gemuk dan segan bila nk dekat dengan aku ni. targer smpai bulan 4 nk nk turunkan ke 80 kg. inshaallah,

ade 1 cite ni, time aku sem 5 lps, aku mmg btul2 terasa kat dak2 pempuan ssb 4 ni. tah mcm mana nk cakap pu n aku x tahu. aku seolah-olah tidak wujud dalam kelas tersebut, klu tegur pun aku ditegur dengan kata-kata yang agak kasar, n sometime aku dibuat tak layan dan dijadikan pandangan hina dak2 ni.. seolah2 aku ni jijik dipandang.

nampak sgt diorg ni mmg x suke aku, klu suka pun ade sbb, cth, nk pinjam kate, tlg antakan assigment, tlg ambikkan gmbo.. 2 la time mmber, tp time x mmber.. mmm haram.. ade satu part ni, klu x silap aku diorg ni tgah ambik2 gmbo, then aku pun masuk la, dior trus ckp alamak batteri kong.. mmm 2 aku x kisah la, tp bila aku bla, banyak plak flash2 yang kuar... mm
kan nmpak sgt kan..

aku x kisah la smua 2...
biar la.. 1 kes ni lg hebat,trus terang kutuk aku.. poyo la ko ni meer, muka dah la x hensem gemuk, perasan kurus plak 2.. bla la wei... mmm agak lancang gak la mulut dia ni.. bila ade konvoskation, borak2 la,.. aku dtg la,. tibe2 senyap smua... adoi.. pahal plak ni.. aku pon bla la... tibe2 jd kecoh balik.. mmm ini lah lumrah kehidupan manusia, n Allah nk uji kita dengan pembagai cara untuk menguji iman dan kesabaran kita..

ok now aku dalam proses program 2 tahun aku atau aku panggil sector 2. noe dah 2 bulan berat aku dah kurang dari 110 ker 103, good thing, hasil usaha aku sndri, tanpa makan jm5 pon. n target smpai bulan 4 ni, aku dah loss dlm 10 kilo lg.. utk bg berat aku 80 ker 85 kg.. ok
smpai disini,,, byby..

Tuesday, January 19, 2010

Trip ke Gunung Belumut Kluang Johor.





GUNUNG BELUMUT, KLUANG JOHOR DARUL TAKZIM.
Malaysia memang kaya dengan budaya, kaum, adat dan tidak kurangnya tempat-tempat menarik untuk dikunjungi, tidak kira la dimana anda berada di Malaysia, pasti ada sahaja tempat-tempat yang menarik perhatian, di negeri Johor Darul Takzim sahaja terdapat berpuluh pusat-pusat reakiasi dan pelancongan, seperti Air Terjun
Gunung Ledang, kolam air panas sg gersik, pantai dasaru, dangga bay dan berbagai lagi.

aktiviti kali ini, kami menyusuri bandar-bandar dan pekan serta felda untuk ke satu tempat peraingan iaitu Air Terjun Gunung Belumut, perjalanan mengambil masa hampir 1/2 hours untuk sampai ker destinasi yang terletak tidak jauh dari bandar kluang, gambar-gambar dibawah menjadi bukti kami telah pergi melancong ke dala
m negara. baget pon save 1 orang kuar rm 15 hingget jer.

enjoi the pic.


di rumah amin sementara tunggu amin pergi pasar bersama ibunya.



Monday, January 11, 2010

Perjanjian Rasulullah dengan Orang Kristian pada 628 Masihi.

Oleh Dr. Muqtedar Khan
Pengarah Pengajian Islam di University of Delaware dan felo Institute for Social Policy and Understanding
http://www.udel.edu/poscir/profiles/MKhan.shtml

Diterjemah oleh Abdullah Mohd Nawi
Pensyarah
Jabatan Bahasa Moden
Universiti Teknologi Malaysia
http://teknologimalaysia.academia.edu/AbdullahMohdNawi


Bilangan masyarakat Islam dan Kristian jika digabungkan menjadi 50 peratus dari penduduk Bumi ini. Jika mereka hidup dalam aman dan damai nescaya keamanan separuh dunia terus dapat dicapai. Salah satu cara yang dapat kita ambil untuk memajukan keharmonian Islam-Kristian ialah dengan berkongsi cerita dan berita yang baik bersama, dan menjauhkan diri dari cubaan untuk mengkeji, menuduh dan mencela antara satu sama lain (mutual demonization).

Di dalam artikel ini, saya ingin mencuba untuk mengingatkan kedua-dua masyarakat, baik Islam atau Kristian, tentang suatu perjanjian yang telah dimenterai oleh Nabi Muhammad (s.a.w) dan orang Kristian. Pengetahuan tentang perjanjian ini boleh mendatangkan suatu impak yang begitu besar terhadap kelakuan orang Islam terhadap orang Kristian. Ini adalah kerana seorang Muslim akan mencuba sedaya upaya untuk menghormati perilaku/sunnah Nabi (s.a.w) dan mencuba untuk mengamalkannya dalam kehidupan harian.

Pada tahun 628 Masihi, sebuah delegasi dari Biara St. Catherine telah berjumpa dengan Nabi Muhammad (s.a.w) dan meminta perlindungan baginda. Rasulullah (s.a.w) menjawab dengan memberikan mereka piagam hak-hak, yang akan saya salinkan sepenuhnya di bawah. Biara St. Catherine terletak di kaki Gunung Sinai [di Israel] dan merupakan biara tertua di dunia. Di situ terletak koleksi manuskrip-manuskrip yang amat besar, dan hanya Vatican [di Rom] mempunyai koleksi yang dapat menandinginya. Biara St. Catherine merupakan tapak warisan dunia (world heritage site), dan mempunyai koleksi ikon-ikon Kristian yang tertua di dunia. Ia merupakan suatu gedung harta sejarah peradaban Kristian yang telah selamat di bawah lindungan peradaban Islam selama 1 400 tahun.

Perjanjian kepada Biara St. Catherine:
“Ini ialah utusan daripada Muhammad ibn Abdullah, sebagai perjanjian kepada mereka yang mengamalkan agama Kristian, samada dekat atau jauh, kami bersama mereka. Sesungguhnya aku dan pengikutku melindungi mereka, kerana mereka adalah rakyatku [rakyat Tamadun Islam]; dan demi Allah! Aku menjauhkan dari mereka apa yang mereka tidak senangi. Tiada paksaan akan dikenakan ke atas mereka. Tidaklah juga hakim-hakim mereka dipaksa meninggalkan pekerjaan mereka, dan tidak juga rahib-rahib mereka dipaksa meninggalkan biara. Tiada siapa pun dibenarkan untuk memusnahkan rumah [ibadat] dalam agama mereka, atau mendatangkan kerosakan, atau membawa apa-apa dari mereka untuk diletakkan di rumah orang Islam. Barangsiapa yang berbuat demikinan, nescaya dia telah melanggar perjanjian Allah dan ingkar dengan Rasul-Nya. Sesungguhnya mereka [orang Kristian] adalah sekutuku (my allies) dan mempunyai piagamku melindungi mereka daripada apa yang mereka benci. Tiada siapa akan memaksa mereka untuk berpindah atau memaksa mereka untuk berperang [untuk orang Islam]. Jika seorang perempuan Kristian dikahwinkan kepada lelaki Muslim, perkahwinan ini hanya akan berlaku dengan izinnya [si perempuan Kristian]. Tidaklah dia [si perempuan Kristian] dihalang daripada bersembahyang [secara Kristian] di gereja. Gereja mereka [orang Kristian] seharusnya dihormati. Tidaklah mereka [orang Kristian] dihalang daripada memperbaiki gereja merekan dan tidaklah mereka dihalang kesucian biara mereka. Tiada seorang Muslim akan ingkar kepada perjanjian ini sehinggalah Hari Terakhir (Hari Kiamat)”.

Ayat pertama dan terakhir perjanjian ini amatlah penting. Ayat-ayat ini membuatkan perjanjian ini universal (menyeluruh) dan abadi. Nabi Muhammad (s.a.w) menegaskan bahawa orang Islam adalah bersama orang Kristian dekat mahupun jauh, dan dengan itu menyangkal kemungkinan piagam ini dihadkan kepada Biara St. Catherine sahaja. Dengan mengarahkan orang Islam supaya mematuhi perjanjian ini sehingga Hari Kiamat, piagam ini juga menyangkal kemungkinan keistimewaan ini ditarik balik pada masa akan datang. Hak-hak ini tidak dapat dilucutkan. Rasulullah (s.a.w) menamakan kesemua orang Kristian sebagai sekutunya dan baginda menyamakan kezaliman ke atas orang Kristian sebagai mengingkari perjajian Allah S.W.T.
Suatu aspek yang harus dilihat dalam piagam ini ialah ia tidak mengenakan apa-apa syarat kepada orang Kristian untuk menikmati keistimewaan. Adalah cukup sekadar menjadi orang Kristian. Mereka tidak dipaksa untuk menukar kepercayaan mereka, membayar apa-apa [untuk mendapatkan keistimewaan ini], dan tidak mempunyai apa-apa kewajipan [untuk mendapatkan keistimewaan ini]. Ia adalah piagam tanpa paksaan!

Utusan ini bukanlah suatu perjanjian hak asasi manusia yang moden, akan tetapi walaupun ia telah ditulis pada tahun 628 Masihi, ia dengan jelas melindungi hak ke atas harta benda, kebebasan beragama, kebebasan bekerja dan keselamatan kendiri.

Saya tahu kebanyakan pembaca yang budiman akan berfikir, “Jadi?”. Jawapannya adalah mudah. Sesiapa yang bertujuan untuk mendatangkan konflik orang Islam dan orang Kristian, mereka akan menumpukan perhatian mereka terhadap isu-isu yang memecah-belahkan, dan akan menekankan konflik. Akan tetapi, apabila sumber seperti perjanjian Rasulullah (s.a.w) kepada orang Kristian dapat dimajukan dan diberikan perhatian, ia akan membina jambatan [antara orang Islam dan Kristian]. Ia akan memberikan inspirasi kepada orang Islam untuk meninggalkan sifat yang tidak toleran yang akan mendatangkan kemusnahan kepada persepsi orang Kristian yang kemungkinan mempunyai perasaan takut terhadap agama Islam ataupun kaum Muslimin.

Apabila saya melihat sumber-sumber Islamiyah, saya mendapati di dalam mereka contoh-contoh toleransi agama dan sikap keterbukaan yang tidak pernah dilihat sebelumnya. Sumber-sumber ini membuatkan saya ingin menjadi seorang yang lebih baik. Pada pendapat saya, kapasiti untuk mencari kebaikan mahupun keburukan terkandung dalam kita semua. Apabila kita menghalang sifat kita yang mencari kebaikan dalam orang lain, kita sebenarnya menghalang sifat kita sebagai manusia. Pada musim percutian ini, saya harap kita semua dapat mencari sesuatu yang positif dan yang layak dihargai dalam nilai-nilai, budaya dan sejarah orang lain.


Oleh Dr. Muqtedar Khan
Pengarah Pengajian Islam di University of Delaware dan felo Institute for Social Policy and Understanding


Rujukan:

http://aljazeera.com/news/articles/39/Prophet-Muhammads-promise-to-Christians.html

http://www.khaleejtimes.com/DisplayArticleNew.asp?xfile=/data/opinion/2010/January/opinion_January44.xml&section=opinion

http://www.cyberistan.org/islamic/charter1.html

http://www.youtube.com/watch?v=u0SsRmC6O5k

Warisan Rumah Traditional Melayu Johor

rumah traditional melayu johor juga dikenali sebagai rumah limas johor. nilai seni binanya sangat cantik dengan corak ukiran kerawang. dihasilkan tanpa menggunakan paku, hanya berdasarkan kepada tanggam semata-mata.
rumah limas traditional dibina berdasarkan pada cuaca iklim tropica di Tanah Melayu, nilai-nilai astetika yang terdapat dalam setiap binaan di pengaruhi senibina islam seperti corak flora dan geometri. selain itu, rumah limas juga banyak dipengarui element-element luar seperti dari british, belanda, dan juga unsur-unsur rumah indonesia.
Serarah Rumah Limas

Pengaruh iklim khatulistiwa di Malaysia banyak mempengaruhi corak kehidupan masyarakatnya termasuklah dalam seni bina rumah. Dalam konteks yang lebih kecil iaitu dengan mengambil contoh seni bina rumah limas di Johor, pembinaan rumah tradisional berkenaan berperanan sebagai tempat berlindung yang sesuai dengan faktor topografi tanah dan iklim kawasan tersebut. Jika disingkap daripada sudut sejarah rumah limas, perkataan ‘limas’ menjurus kepada atap yang mempunyai lima perabung (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1997:66). Limas atau ‘bumbung lima’ ini ditambah struktur segitiga di atasnya lalu dipanggil ‘limas’ (daripada ‘lima emas’ kerana suatu masa dulu hanya rumah pembesar yang berbumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa Kesultanan Johor-Riau). Rumah jenis ini juga sering disebut dengan rumah Bari (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1997:66). Bari dalam bahasa Indonesia berarti lama atau kuno.
Menurut Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh (1997: 70), rumah Melayu bentuk limas mula berkembang dan popular di Malaysia sejak pertengahan kurun ke 19. Pengaruh kebudayaan luar khususnya daripada Kepulauan Melayu seperti Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah mempengaruhi seni bina dan reka bentuk rumah Melayu. Contohnya Rumah Minangkabau, Rumah Bugis, Rumah Belanda, dan Rumah Bujang. Kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan Inggeris pula telah menyebabkan rumah tradisional Melayu Johor berubah bentuk daripada rumah bumbung panjang kepada rumah limas iaitu berbeza pada kedudukan bumbungnya (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1997:67). Dapatlah dikatakan bahawa semua rumah tradisional negeri di Malaysia mempunyai rumah bumbung panjang namun, selepas kedatangan penjajah dan kemasukan pengaruh luar, seni bina dan bentuk rumah tradisional Melayu mengalami perubahan bentuk seperti limas atau bumbung Belanda di Johor. ( di ambil dari blog sambaltempe86.blogspot.com )

Struktur Rumah Limas

Rumah limas Johor mempunyai bentuk asas yang sama iaitu dibina sederhana tinggi. Dalamnya terdapat unsur rumah Melayu tradisi terutama ciri hiasan kelarai dan alas tiang rumah (Ensiklopedia Malaysiana jilid 11, 1996:248). Cara untuk mengenal pasti rumah limas Johor mengikut Ensiklopedia Malaysiana (1996:252) ialah melalui bumbung rumahnya iaitu mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas. Pada puncak bumbung dipasang kayu tajam yang dipanggil tunjak langit (Suraya 1995:39). Rumah ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan di hujung serambi ialah ruang anjung. Rumah ini dibuat daripada kayu cengal, keranji, perak dan meranti (Suraya 1995:39).

Garis besar rumah Limas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian depan, bahagian tengah dan bahagian belakang. Pada bahagian depan rumah terdapat tangga dengan anak tangga berjumlah ganjil. Bahagian dalamnya pula berupa pelataran yang luas. Ruangan ini dijadikan pusat berkumpul pada majlis-majlis seperti kenduri dan majlis Marhaban. Ruang tamu sekaligus akan dijadikan ‘ruang pamer’ untuk menunjukkan kemakmuran pemilik rumah. Pada bahagian ruangan dinding akan dihiasi dengan ukiran bermotif flora yang dicat dengan warna keemasan. Ruang bahagian belakang digunakan sebagai dapur.

Dengan istilah lain, bahagian depan digelar ‘rumah ibu’ (sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga), bahagian tengah sebagai ‘rumah tengah’ dan bahagian belakang ialah ‘rumah dapur’ (www.sumsel.go.id/seniBudaya). Kebiasaannya pada bahagian hadapan rumah mesti mempunyai bahagian lantai yang lebih rendah daripada aras rumah ibu. Bahagian tersebut berbumbung namun selalunya tak berdinding dan cuma berpagar susur (railings). Bahagian ini juga dipanggil ‘serambi’, ataupun ‘selasar’ (www.dipardass.go). Ruang ini menjadi tempat pengantara di antara bahagian luar rumah dan dalam rumah untuk tujuan melakukan pekerjaan, beristirahat atau menerima tetamu yang bukan muhrim. Pada bahagian belakang rumah pula terdapat ‘pelantar’ yang menjadi tempat kerja basahan atau basuhan.

Pengasingan antara bahagian ini dilihat sebagai sesuai dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Pembahagian bahagian-bahagian rumah dapat mengelak daripada kebakaran. Hal ini demikian kerana kebakaran selalunya berpunca daripada api masakan. Oleh itu, jika bahagian dapur terbakar, lebih mudah untuk mengawal bahagian lain daripada terbakar. Tambahan lagi, sekiranya pemilik rumah ingin memperbesar rumah, struktur rumah tengah pula boleh ditambah di antara Rumah Ibu dan Rumah Dapur. Struktur rumah limas yang terangkat atas tiang dilihat dapat menambah pengudaraan. Hal ini demikian juga disesuaikan dengan gandingan pelbagai gaya tingkap, termasuk jenis tingkap sependiri seperti ‘French window’, yang berguna untuk kemasukan angin dan cahaya (Lihat lampiran). Menurut Mohd Tajuddin Mohamad Rosli et. al (2004: 28) pula, pembinaan tingkap seperti itu adalah disebabkan kekerapan aktiviti orang Melayu yang banyak duduk dilantai seperti makan, tidur dan sembahyang menyebabkan tingkap dibuat rendah hingga ke lantai untuk disesuaikan dengan keadaan duduk.

Rumah limas mempunyai ‘bumbung lima’ atau ‘limas’ (atap perisai). ‘Bumbung lima’ ialah jenis yang ada lima perabung atau empat perabung seperti piramid untuk struktur ringkas seperti pondok wakaf (http://myschoolnet.ppk.kpm.my). Lebih canggih lagi, ‘bumbung lima’ ini ditambah struktur segitiga di atasnya yang dipanggil ‘limas’ (dari ‘lima emas’ karena suatu masa dulu hanya rumah orang berada atau pembesar yang berbumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa Kesultanan Johor-Riau).

Sifat paling ketara pada rumah limas adalah pada struktur binaannya yang didirikan di atas tiang. Kelebihan yang diperolehi daripada ‘keterapungan’ ini; termasuklah mengelakkan daripada mudah dimasuki haiwan liar, dan dapat mengelak air daripada masuk ke rumah jika berlaku banjir. Rumah juga akan lebih sejuk akibat pengudaraan pada semua bahagian (dari atas, tepi dan bawah). Selain itu, ruang kosong pada bahagian bawah rumah (juga disebut ‘polong’) menjadi tempat yang sesuai untuk menyimpan barang.

Seni bina rumah limas dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan persekitaran dan pegangan mereka. Antara faktor yang mempengaruhi seni bina rumah limas ialah faktor iklim, agama Islam, sosial dan alam sekitar. Faktor agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan perempuan dipisahkan. Rumah limas mempunyai bilik yang lebih daripada satu. Hal ini demikian merangkumi bilik tidur utama, bilik tidur anak lelaki, bilik tidur anak perempuan dan bilik tidur tetamu. Selain itu, pembahagian rumah kepada rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur juga merupakan pengaruh sosio agama masyarakat Melayu terdahulu termasuklah dalam masyarakat Melayu Johor. Kewujudan konsep pelan terbuka menyebabkan wujudnya pelbagai bentuk simbol fizikal pemisah. Zon tetamu biasanya pada bahagian hadapan manakala zon keluarga pada bahagian belakang rumah (Mohd Tajuddin Mohamad Rosli et. al 2004: 33).

Faktor iklim dan lokasi perumahan yang berhampiran dengan hutan pula menyebabkan rumah limas ini bertiang dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah supaya dapat mengatasi kelembapan tanah dan dapat mengelak daripada dimasuki haiwan liar (Mohd Tajuddin Mohamad Rosli et. al 2004: 28). Selain itu, tiang ini juga dapat mencegah ruang di dalam rumah ditenggelami air jika berlaku banjir.

Budaya masyarakat Melayu kaya dengan kiasan atau pengaruh daripada agama Islam sehinggakan pengaruh seni bina Barat juga tidak mampu menandinginya. Rumah limas biasanya dibina menghadap matahari naik atau jatuh untuk menyesuaikannya dengan arah kiblat dan juga untuk mengawal suhu di dalam rumah (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1997: 36). Orang-orang tua juga mempercayai bahawa kebiasaan membuka tingkap pada awal pagi walaupun matahari belum terbit akan memanggil malaikat pembawa rezeki. Pintu dan tingkap pula dihiasi dengan ukiran berbentuk awan larat yang indah sebagai tanda mengalu-alukan tetamu yang datang kerana mereka dianggap membawa rezeki.

Unsur sufisme dalam seni bina rumah limas adalah sebagai satu perumpamaan kubur supaya sentiasa mengingati kematian. Dengan itu, manusia akan menjauhi perkara-perkara yang dilarang dan mengamalkan perkara yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Konsep ini dapat dilihat pada rumah limas yang mempunyai petunjuk langit pada bahagian hujung kiri dan kanan bumbung dan berbentuk batu nisan. Unsur ini juga sebagai perlambangan bahawa manusia mendapat cahaya daripada langit.

Anak tangga rumah Melayu tradisional sengaja dibina dengan bilangan ganjil kerana bilangan genap menunjukkan kesempurnaan dan ia hanya milik Allah S.W.T. Hal ini demikian juga sama dengan seni bina rumah limas. Bilangan ganjil menunjukkan manusia sebagai hamba-Nya yang lemah dan tidak sempurna. Biasanya masyarakat Melayu tradisional mengambil bilangan 3, 5, 7 dan 9 anak tangga. Angka 7 sering dikaitkan dengan pengertian 7 petala langit, 7 petala bumi, 7 hari dan sebagainya. Hal ini demikian menjelaskan bahawa masyarakat Melayu tradisional sering mengadaptasi isi kandungan al-Quran dalam seni bina rumah mereka (http://www.palembang.go.i).

Pada bahagian tebar layar, masyarakat Melayu Johor menggabungkan corak bulan atau matahari naik. Namun begitu, mereka juga mengggunakan unsur flora. Ukiran susur bayung membuktikan bahawa corak yang digunakan oleh masyarakat Melayu dikaitkan dengan etika nilai kepercayaan kepada Tuhan yang Esa (Rahmah Bujang dan Nor Azlin Hamidon 1998:121). Motif ukiran adalah menggambarkan cahaya atau hidayah dari Allah S.W.T. yang diperlukan oleh manusia. Ukiran bersambung-sambung yang menghiasi pintu pula adalah kiasan kepada kalimah syahadah yang mengikat dan menghubungkan manusia dengan Allah S.W.T. selama-lamanya. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu tradisional, kalimah syahadah perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian, bukan sahaja sebagai kalimah suci tetapi juga sebagai lambang hubungan rapat manusia dengan Allah S.W.T.